Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

BUDAK 5 TAHUN MATI TERJERUT

Thursday, January 6, 2011

Ajal maut dan di tangan Tuhan. Semuanya sudah ditentukan. Cuma bila dan dimana sahaja. Dengan cara yang tak disangka juga boleh menemui ajal. Semuanya sudah tertulis. Takziah untuk keluarga adik Tan Yin Sheng, berusia 5 tahun yang mati dipercayai akibat terjerut pada kain penyangkut langsir rumahnya di Taman Timah Mergong, di sini, malam kelmarin.



ALOR SETAR: “Saya ingatkan cucu sudah tidur kerana tak dengar suara dia bermain di ruang tamu, tapi saya sangat terkejut apabila melihat dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,” kata Chia Sew Heng, 71, nenek Tan Yin Sheng, 5, yang mati dipercayai akibat terjerut pada kain penyangkut langsir rumahnya di Taman Timah Mergong, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, budak lelaki itu dipercayai bermain seorang diri di ruang tamu rumahnya, manakala nenek dan ibunya berada di dapur, sementara bapanya keluar bekerja.


Chia berkata, ketika kejadian, dia bersama ibu mangsa berada di dapur sambil melayan cucu keduanya iaitu adik perempuan mangsa yang berusia tujuh bulan.


“Ketika di dapur, saya dengar suara cucu bermain sambil melompat-lompat di atas sofa. Beberapa minit kemudian saya tak dengar suara dia lagi dan menganggap Yin Sheng sudah tidur di sofa berkenaan.



“Saya rasa tak sedap hati dan cuba jenguknya di ruang tamu sama ada dia tidur atau bermain.



“Alangkah terkejutnya saya melihat dia terkapai-kapai dalam kain penyangkut langsir dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.


“Saya menjerit sambil memanggil anak perempuan di dapur sebelum kami membuka ikatan kain penyangkut itu di lehernya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, malam kelmarin.


Menurutnya, dia dan anak perempuannya membawa Yin Sheng ke sebuah hospital swasta di sini, bagaimanapun doktor mengesahkan cucunya itu sudah meninggal dunia.


“Yin Sheng seorang yang hiperaktif dan selalu bermain seorang diri di ruang tamu,” katanya sedih.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata polis menerima maklumat kejadian terbabit pada jam 10.40 malam dan insiden itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam.


“Siasatan mendapati mangsa dipercayai duduk di atas sofa berdekatan kain penyangkut langsir itu sebelum bermain dengan kain berkenaan sebelum terbelit pada lehernya.


“Polis percaya mangsa mati akibat terjerut,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, ketika kejadian mangsa tinggal bersama ibu, nenek dan adiknya berusia tujuh bulan, manakala bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual sayur tiada di rumah kerana keluar bekerja sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu.


“Nenek mangsa yang tidak sedap hati selepas tidak mendengar suara mangsa menjenguk cucunya di ruang tamu rumah dan terkejut apabila mendapati mangsa terkulai di atas sofa dengan lehernya terjerut.


“Keluarga mangsa membawanya ke Pusat Perubatan Putra (PMC) untuk rawatan, bagaimanapun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa pulang ke rumahnya,” katanya.


Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati tergantung dan tiada unsur jenayah,” katanya.. :
SUMBER MyMetro Online

ALAHAI..COMELNYA ANAK DIDDY HIRDY

Wednesday, January 5, 2011

Apa macam.. baby tu ada rupa daddy dia tak?? Comel giler anak Diddy ni.. Rasa macam mau cubit2 jer. Diddy dah selamat bergelar bapa pada 3 Januari lalu. Baby new year ni.. Tahniah Diddy and wife.. Gambar kredit kepada Izyan.com

Petrol RON97, minyak tanah naik 10 sen



Saya adalah pengguna tegar RON97 untuk sang wira merah. Rasa-rasanya macam dah banyak kali harga minyak naik. Nilai sikit tapi banyak kali. Kalau kumpul nilai harga yang naik sikit-sikit tu boleh kira banyak tu. Apakah selepas ni kerajaan nak galakkan rakyat naik basikal pulak??? Boleh slim perut saya yang buncit ni.. Mungkin yang berpendapatan tinggi takkan merasa seperti kami yang berpendapatan rendah ni..

AL-FATIHAH - FAIZAL YUSUF PELAKON ADAMAYA MENINGGAL DUNIA

Saturday, January 1, 2011


Cukup minat lakonan arwah dalam drama Manjalara dan Adamaya. Paling berkesan dalam drama Adamaya. Watak Dani yang seakan 'gila talak' tu betul2 buat aku geram. Namun, selepas ni kita takkan dapat lihat lagi watak yag dilakonkan oleh arwah Faizal Yusuf. Drama Tiramisu yang sedang ditayangkan di Tv3 sekarang mungkin adalah drama lakonan beliau yang terakhir. Salam takziah untuk keluarga arwah.. Al-fatihah...

::::Arwah Faizal Yusuf meninggal dunia akibat serangan jantung dan meninggalkan seorang balu yang tengah sarat mengandung 5 bulan. Harap isteri arwah tabah:::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...