Petrol RON97, minyak tanah naik 10 sen

Wednesday, January 5, 2011



Saya adalah pengguna tegar RON97 untuk sang wira merah. Rasa-rasanya macam dah banyak kali harga minyak naik. Nilai sikit tapi banyak kali. Kalau kumpul nilai harga yang naik sikit-sikit tu boleh kira banyak tu. Apakah selepas ni kerajaan nak galakkan rakyat naik basikal pulak??? Boleh slim perut saya yang buncit ni.. Mungkin yang berpendapatan tinggi takkan merasa seperti kami yang berpendapatan rendah ni..

 "KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter"

SUMBER ARTIKEL : Harian Metro Online 
SUMBER GAMBAR DARI GOOGLE


APA KOMEN ANDA...? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...