MUHAMMAD HAIRUMAN MISKON

Wednesday, January 26, 2011

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Selepas kedua-dua tangannya dipotong, kini Hairuman terima berita sedih lagi, doktor sahkan kaki kirinya plak akan dipotong. Semoga Muhammad Hairuman Miskon terus tabah menjalani kehidupan yang mendatang.


KLANG - Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon yang baru kehilangan kedua-dua belah tangannya minggu lalu, bakal berdepan satu lagi dugaan apabila doktor mengesahkan salah satu daripada kakinya akan dipotong.

Ketua Aduan Majlis Belia Malaysia, HM Rizan ketika dihubungi berkata, pihaknya mendapat berita sedih itu petang semalam.

"Saya sendiri terkejut apabila doktor memaklumkan Muhamad Hairuman akan dimasukkan ke dewan bedah petang esok (hari ini) bagi membolehkan kaki kirinya dipotong.

"Kami rasa sangat sedih dan terkejut tetapi doktor memberitahu perkara itu terpaksa dilakukan atas faktor perubatan," katanya ketika dihubungi di sini petang semalam.


SUMBER : kOSMO ONLINE








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...